Monday, September 20, 2010

Jurnal

Artikel review

http://www.iab.edu.my/KertasKerjaSN15/DR_RUSMINI.pdf
 
http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%202.pdf

No comments:

Post a Comment

Article Review: IMPLEMENTASI ICT & KEPIMPINAN SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKOLAH-SEKOLAH BESTARI & SMJKC

Pendahuluan

Pengetua sebagai pemimpin sekolah mempunyai impak yang kuat terhadap sebarang bentuk perubahan yang ingin dilakukan di sekolah khasnya implementasi ICT. Istilah ‘Kepimpinan melalui teladan’ mempunyai maksud yang jelas dan nyata agar pemimpin sekolah sentiasa berubah dalam menambah ilmu sesuai dengan kehendak semasa. Ini kerana dalam memaksimakan potensi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pihak pentadbiran sekolah sendiri menjadi elemen yang sangat kritikal terhadap ledakan maklumat kini. Walau bagimana pun pemimpin sekolah harus dingat adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengintegrasian ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. Kajian ini cuba meneroka peranan pentadbir dan isu dalam proses pengintegrasian ICT dan pedagogi serta proses implementasi ICT dalam pengurusan sekolah. Kajian menggunakan kaedah 'Grounded Theory Design' melalui temubual, penelitian dokumen dan pemerhatian di sepuluh buah sekolah iaitu lapan buah sekolah bestari dan dua buah sekolah SMJKC.

Kandungan

Idea mewujudkan sekolah bestari dan penekanan kepada ICT di sekolah bukan satu perkara yang baru. Kementerian Pelajaran terus memantapkan projek pembangunan ICT di sekolah berasaskan kepada tiga polisi utama:

1. Literasi dan capaian ICT kepada semua murid.

2. Peranan ICT dalam kurikulum dan ICT sebagai alat pembelajaran.

3. Peranan ICT dalam meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan sistem pengurusan.

Cabaran utama bagi sekolah bukan hanya penggunaan teknologi tetapi proses inovasi menggunakan ICT yang memerlukan sokongan kewangan dan juga latihan kepada sekolah serta kerjasama erat antara guru dan pemimpin sekolah bagi memastikan kejayaan implementasi ICT di sekolah. Oleh itu kajian ini cuba

meneroka proses implementasi ICT di sekolah bestari dan juga SMJKC bagi mengenal pasti kategori utama dan strategi yang membentuk model-model perubahan organisasi.

Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Ciri-ciri organisasi yang mampu mengadaptasi kepada perubahan dan model yang diamalkan dalam proses pengurusan perubahan adalah dua faktor utama yang mempengaruhi implementasi perubahan yang merupakan fokus dalam tinjauan literatur. Beberapa kajian yang dijalankan Telem (1996), Mooij dan Smeets (2001), Kearsley dan Lynch menunjukan implementasi ICT di sekolah memerlukan sokongan kuat daripada pihak pengetua atau pentadbir sekolah. Sebagai pemimpin sekolah sebelum mengimplementasikan ICT dibuat perhatian amat perlu dilakukan dalam menghadapi cabaran dan peluang, serta tanggungjawab dalam strategi kepimpinan .

Menurut Zaini (2006) antara faktor yang menyokong dasar ICT berdasarkan kajian di Malaysia adalah kesedaran terhadap kepentingan ICT, kerjasama antara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan ICT kepada guru, dan insentif untuk guru. Pemimpin sekolah seharusnya menjadi model pengguna ICT dalam melakukan perubahan organisasi selaras dengan era teknologi maklumat. Yukl (2002), telah menyatakan pengaruh dan kuasa merupakan perkara teras dalam kepimpinan. Pengaruh dan penurunan kuasa pemimpin sekolah kepada guru serta menyokong guru dalam proses p&p adalah antara kejayaan dalam mengimplementasikan ICT di sekolah.

Dapatan kajian mendapati bagi mewujudkan model perubahan sekolah penglibatan semua pihak PIBG, pihak Swasta, komuniti setempat amat diperlukan oleh pemimpin sekolah bagi menyediakan faktor ‘intervening’. Kajian menunjukkan 10 buah sekolah-sekolah yang dikaji dapat dibahagikan kepada tiga kelompok ciri-ciri berdasarkan kepada implementasi ICT dan juga dapat dibezakan mengikut tiga model pengurusan perubahan. Hasil kajian mendapati kepimpinan merupakan kategori utama dan visi serta pemantapan budaya merupakan strategi yang dapat membezakan model-model perubahan di sekolah.

Antara model sekolah hasil dapatan kajian ialah:

i) Model 1: Model penggunaan teknologi menekankan pengurusan penggunaan infrastruktur teknologi, struktur organisasi dan kemahiran guru dalam ICT. Pemimpin sekolah-sekolah jenis ini antranya memberikan tumpuan kepada kemahiran guru menggunakan peralatan ICT dengan memantau penggunaan makmal ICT dan memastikan kordinator memberikan kursus untuk perkembangan staf.

ii) Model 2: Model integrasi - pemimpin-pemimpin sekolah ini bukan hanya menggunakan inovasi teknologi tetapi selangkah kehadapan bagi mengintegrasi ICT dalam penyelesaian masalah, contohnya penggunaan kad pintar lebih mudah, dan meningkatkan produktiviti serta jimatkan masa. Di samping itu ia juga mencari peluang mendapatkan sumbangan komuniti setempat dan PIBG dalam memantapkan prasarana ICT dan membei kemudahan akses kepada semua pelajar dan perkongsiaan maklumat antara guru, murid dan penyelaras ICT.

iii) Model 3: Model inovasi budaya – misi dan visi yang jelas terhadap kepentingan dan pemantapan budaya ICT dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Seluruh warga sekolah termasuk komuniti setempat percaya bahawa ICT adalah elemen utama untuk meningkatkan persekitaran pembelajaran. Oleh itu sekolah ini berusaha untuk menyediakan kemudahan ICT yang terbaik untuk guru-guru dan murid-murid supaya mereka dapat mengakses maklumat dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana saja. Kawalan sistem pengurusan sekolah dimantapkan dengan adanya polisi ICT yang jelas dan School Management System (SMS) menggunakan web.

Dalam pengurusan kurikulum di sekolah, pemimpin sekolah seharusnya cuba mengimplementasikan ICT secara menyeluruh supaya ianya dapat dikongsi dengan semua warga sekolah. Integrasi ICT secara menyeluruh dalam pengurusan kurikulum sekolah membezakan model inovasi ini dengan model-model perubahan yang lain. Penerimaan setiap sekolah tehadap ICT adalah berbeza walaupun dasa integasi ICT diwujudkan oleh Kementeian Pelajaran. Budaya ICT adalah satu cabaran yang perlu diterapkan oleh pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian.

Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam penambahbaikan ICT di sekolah antaranya peningkatan tahap kompetensi ICT oleh pemimpin sekolah, mewujudkan integasi ICT secara menyeluruh menggunakan sistem Web Based Management System (WSMS), amalan perkembangan staf dalam memantapkan kompetensi ICT warga sekolah dan menyediakan kursus-kursus ICT di IAB bagi pemantapan pemimpin sekolah dalam ICT.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, pemantapan budaya ICT harus bermula daripada implementasi pemimpin sekolah. Hasil kajian juga menunjukan kepimpinan muncul sebagai kategori utama dalam proses mengimplementasikan ICT di sekolah. Visi pemimpin yang jelas serta pemantapan budaya ICT merupakan strategi yang dapat membezakan model-model perubahan yang dilakukan di sekolah. Pemimpin sekolah harus berubah dari tahap pengggunaan teknologi dalam bentuk engineering approach kepada bentuk pendekatan perekayasan sesuai dengan persaingan ledakan teknologi maklumat yang semakin hebat dalam abad ke 21 ini. Pengetua sebagai pemimpin di sekolah seharusnya melakukan anjakan paradigm bagi membentuk budaya ICT di kalangan warga sekolah. Peranan pihak pentadbir sekolah juga amat besar dalam memastikan segala perancangan terlaksana dengan wujudnya implementasi komponen-komponen perubahan ICT di sekolah berjalan dengan lancar bedasarkan suatu proses perubahan yang terancang. Dengan adanya kajian sebegini ianya dapat dijadikan panduan oleh pemimpin-­pemimpin sekolah untuk mengimplementasikan ICT dalam pengurusan mereka.

Rujukan

Laudon,K.,& Laudon,J.(1998). Management information systems:New approach to organization and technology. New Jersey: Prentice Hall.

Yukl, G. (2002). Leadership in organization.New Jersey: Prentice Hall.

Zaini Ahmad (2006). Pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah. Kajian Ilmiah Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.